Wednesday 12 August 2009

bercuti di park royal, bukit bintang

Alkisah.....

terlanjur bercerita pasai bawak hafis pi zoo negara tak sat nie...nak cerita bagi habis la ketika kami bercuti di park royal hotel di bukit bintang....

Pengalaman ketika itu memang amat menyeronokkan....duduk pulak di hotel 5 star dan di tengah tengah pusat kota metropolitan membuatkan malam malam kami dipenuhi oleh aktiviti yang padat.

Seperti diberitahu sebelum ini, maknjang n anaknya (paksu) turut mengikuti percutian kami...tapi depa duduk di rumah anaknya du shah alam. Setelah hantar mereka dan tinggalkan kesemua anak kami bersama mereka(mengasuh). kami meneruskan perjalanan ke hotel park royal, walaupun jalan disana bersimpang siur, tetapi alhamdullillah kami sampai jugak ke destinasi yang ditujui.

Pada malamnya, ila ada kursus....i apa lagi....x kan nak duduk dalam bilik jer....i keluar bersiar siar di sekitar bukit bintang.

Memang maju betul kawasan itu...jalannya dipenuhi cahaya berwarna warni dek kilauan lampu neon menghiasi bangunan dan jalan.

berkebetulan pada malam itu dan malam keesekannya jabatan pelancongan ada menganjurkan konsert untuk pelancong arab...memang meriah la kawasan itu......

bila jam sudah berhimpun...mata pun letih..i balik bilik la...terus tidur.

esoknya kami pi ke rumah anak mak njang untuk bawa mereka semua melawat ke zoo(seperti yang diceritakan sebelum ini). balik dari zoo kami singgah di KLCC. sempat la jugak ambil gam beberapa keping di samping menunaikan solat di masjid klcc tu.

Untuk makluman semua yg belum pi ke klcc...kat sana ada air pancut dan taman mainan yang amat luas...siap ada kolam renang utk kanak kanak lagi..puas la hafis main ngan paksunya.
balik dari klcc kami terus ke hotel.

hafis n paksunya naik keta

paksu,maknjang,amin,hafis dan ibu bergambar kenangan

i yang hensem tu...

KLCC..lambang kemegahan negara malaysia


Amin yang masa nie balu umur beberapa bulan
Untuk makluman, malam kedua kami di sana...maknjang dan paksu menginap sekali di bilik kami....jadi malam tu boleh la i bawak ila untuk bersiar siar sekitar bukit bintang. i tunjuk habis kat dia segala tempat yg ada di sana....mana dengan pasar uptownnya ke kawasan jualan seni, kawasan karaoke ke disco dan seterusnya rumah urut...(hehehe mintak maaf kami lalu jer tau...) malam tu jugak ada konsert arab...puas la kami tengok gelagat pak arab dok enjoy.... balik tu kebetulan ada satu syarikat mana ntah buat promosi wayang 3d jenis hat kerusi boleh gerak gerak tu...dan malam tu adalah malam terakhir...apa lagi...kami x melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menonton wayang berkenaan...hehehe best tu memang best la...tapi jenuh menjerit dek kerana takut batu kena kepala(gambar 3d...nampak batu macam nak kena kepala ..)

masa berada dalam kokpit wayang3D
dah letih...kami balik la....

esoknya kami hantar maknjang dan anak anak ke rumah anaknya di shah alam....dalam perjalanan pulang..kami (2 org) singgah di berjaya times square...kat sana kami tengok wayang 3d jugak...(saja sebelum nie dok teringin). Boleh tahan jugak harga tiketnya...tapi memang best la...rasa macam kita berada dalam filem berkenaan...sampai tangan nie dok terasa gatai nak pegang gambar tu....

petang tu kami pi annual dinner geng farmasi peringkat asia pasifik...habis berterabur ler kami berskeeping melayan karenah pharmacist dan doktor dr luar nie...


ketika annual dinner di saloma bistro(semua kena pakai pakaian tradisional)

Ila dan kawannya ketika kursus (org soh dengar taklimat...depa nie dok possing pulak!!)

esok pagi tu kami dh nak bertolak balik....(ila dh habis kursus)...singgah jap di kedai kek utk beli birthday kek hafis n ayuni(cucu maknjang)

sampai ke rumah anak mak njang..kami buat birthday party hafis dan ayuni. lepas tu terus balik.....

memang best la percutian kami masa tu..rasa macam nak ulang lagi..insyaallah.

regards,
Sukor Abdullah


No comments:

Post a Comment