Pada pagi itu, semasa besiap untuk bekerja, wife baru turun...dengan tergesa gesa dia cakap,
Abang, Abg Det meninggal....terdiam aku seketika, benarkah apa yg dikatakan?
sampai dua kali aku bertanya apakah benar abg det yang dok kat key ell tu?
memang terkejut tatkala mendengar berita kematian beliau, personalitinya yang ceria dan mudah didekati membuatkan sesiapa saja akan senang bergaul dan mengingatinya.
Aku juga masih terkenang akan detik pertemuan terakhir kami....ketika menyambut hari raya yang lalu..ketika itu kami menjamu selera di rumah mak kecik(kepala batas). Ketika itu, aku, mak ayah(mertua) mak kecik sekeluarga, pak cik len dan keluarga abg det.
memang ramah beliau berbicara pada ketika itu, masih terngiang di telinga akan hasratnya untuk membeli itik peliharaanku(la nie dh x bela dh) dan juga ajakan untuk kami sekeluarga ke rumahnya di kuala lumpur.
Tak kusangka rupanya itulah detik terakhir pertemuan antara aku dan dia.
Alfatihah,
Semoga allah merahmati beliau dan menerima segala amalannya, amin.....
di bawah ini adalah dua petikan yang di sunting dari dua blog saudara mara beliau.
Allahyarham Mahadzer di belakang sekali bersama keluarga semasa bersama allahyarhamah bonda Cik Gayah.
Allah lebih menyayangi beliau, pada 28 July 2009 jam 12.30 pagi beliau telah pulang ke rahmatullah kerana serangan jantung di Kajang Medical Center.
Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham DR Mahadzer.
Al fatihah..
_____________________________________________________________________
Dr Mahadzer Mahmud was the President of KLIUC. He was at the peak of his career. He leaved behind a wife & 4 kids. Their kids are still schooling. Jenazah dikebumikan pada pukul 9 pg. To K.Gee, Afiq, Adibah, Afiqah & Adib, takziah diucapkan. Semoga arwah dicucuri rahmatNya. Alfatihah..
KIKOM family day 2007 in Merbok, Kedah. Arwah seated in the second row.
KIKOM family day 2008 in Yan, Kedah.
No comments:
Post a Comment