Bersyukur kehadrat allah sekali lagi kerana mentakdirkan cuaca yang amat sesuai sekali bersama deruan angin dan ombak yang memberikan seribu ketenagan kepada seluruh umatnya pada ketika itu.
berakhirnya majlis yang julong kalinya dianjurkan diluar rumah(outdoor) bermakna berakhirlah sudah beberapa siri mimpi misteri/indah yang dialami oleh beberapa orang terutamanya isteri tercinta dan juga putera sulong kami ini....(macam macam episode..dengar kata la....)
Majlis tersebut telah dijalankan di persisiran pantai bersih atau lebih tepat lagi di R&R Bagan Ajam. Dengan dihadiri oleh kedua dua "GENG" (gen paya dan geng malau) telah memeriahkan lagi majlis tersebut.
terima kasih diucapkan kepada tetamu tetamu yang hadir, antaranya ialah:-
GENG PAYA,
1. Kak Pah (mak ngah sekeluarga)
3. Kak Toh (mak tam sekeluarga)
4. Shidah (mak cik...solo lagi nie...)
5. Mak (tok paya/teh..merangkap pengerusi geng Paya)
GENG MALAU,
1. Kak Cik (mak teh sekeluarga)
2. ABG Mail (pak long sekeluarga)
3. Mak Ayah (tok ayah dan mak tok merangkap pengerusi bersekutu geng malau)
untuk membuat persiapan yang rapi, aku terpaksa mengambil cuti half day (sepatutnya satu hari..tapi banyak keja kat ofis...amik half day jer la). Aktivi kami dimulakan dengan membeli segala barangan untuk memasak dan dekorasi tempat.
Sebelum majlis dimulakan (anggarang majlis bermula pukul 8 mlm), geng paya terlebih dahulu sampai di lokasi untuk urusan booking tempat dan juga membuat persiapan awal....
Kami sampai pada pukul 6.30 ptg, pada ketika itu memang ramai pengunjung yg telah datang...(tapi nak mandi pantai dan berehat a...bukan nak ke majlis kami hehehe).
Setelah lokasi telah dikenal pasti, urusan mengangkut barang telah dimulakan...habis terkeluar otot otot seksi ku (nasib baik bala tentera ramai...boleh tolong apa yang patut) dek mengangkat barangan termasuk la generator untuk menghidupkan lampu....
Dh siap tikar dan meja dipasang, urusan menyusun hidangan diatas meja diambil alih oleh pembantu rumah kami...sambil tu..anak anak menakan x lepas peluang main main di
pantai...yang syok tu azam...terus terjun dalam laut....wa caya lu lah azam...hahaha
setelah menunaikan solat maghrib di surau yg disediakan, Majlis dimulakan, pasangan lilin tanpa api( nak cucuh lagu mana..angin kuat sangat pak tih....!!!), setelah puteraku memotong kek dan letusan pistol party, aku memulakan aktiviti biasaku..apa lagi..pelekat api ler..nak panggang daging dan kepak ayam.
Antara menu pada malam itu ialah..
1.Soto
2.molotos ka ntah apakebenda..(ala hat balut ngan kulit pipoa tu oooo)
3.Karipap
4. cheese cake
5.marsmallow
6.kekbuah
7.daging lembu panggang
8.daging kambing panggang
9.kepak ayam smoke
10.desert (nama apa ntah hat agar agar n buah kat atas bawah tu ada tepung castard)
11.aneka makanan ringan.
12. aneka buah buahan
13.minuman.
hah...macam dok tengok al...betapa banyaknya makanan pada malam tu sampai x habis...semua pakat sengkak termasuk la pak tih mu yg hensem nie...hehehe
secara rumusannya, bagi pak tij sekeluarga, majlis tersebut telah berlangsung dgn jayanya, dari makanannya, ke cuaca dan persekitarannya termasuk la para tetamu yg sporting...cuma kurang satu jer...aktiviti malam tu ..semua pakat melingkar lepas makan...hahaha sengkak beb...
walau apa pun...terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir....banyak hadiah yg hafiz dapat, x lupa juga kepada semua sponsors kami pada malam tu termasuk la tokey generator...(memang meriah malam tu..sebab ada lampu..terang benderang.
Doakan moga paktih mu ini dimurahkan rezeki...insyaallah dilain waktu dan ketika akan dianjurkan lagi majlis yang seumpama ini....
salam sayang untuk semua,
Khas buat semua....pak teh ada siapkan satu slide show berkisar kan pada majlis tersebut....layan...
Sukor Abdullah
Managing director
Pencak tari enterprise
www.muslimsproduct.blogspot.com
No comments:
Post a Comment