Monday, 17 August 2009
Sunday, 16 August 2009
Reunion antara aku dan along
Setelah 7 tahun tidak bertemu, aku dan rakanku (Along) mengaturkan reunion kami berdua....
Kami bertemu di kassim mustafa...banyak perkara dibincangkan...masing masing bertukar cerita. segalanya berkisarkan pengalaman kami bekerja bersama suatu ketika dulu di tapak tapak ekspo/funfair.
detik pertemuan kami ialah semasa bekerja di ekspo kuala perlis. Masa itu aku bekerja menjaga gerai jualan barangan elektronik dan along pula menjadi tekong/orang kuat fun fair. Kehidupan kami pada ketika itu memang meriah...setelah menutup gerai jualan...kami akan berkumpul bersama menghilang kan kepenatan bekerja.
Kami menjadi lebih rapat apabila kami membuka perniagaan kami sendiri iaitu ZUL BURGER (gabungan dari 6 orang remaja dan dikepalai oleh anak tokey bedak nasila). Sewaktu bekerja di bawah satu bumbung...kami memang rapat (pi kerja sekali...makan sekali...macam macam lagi lah...) Selalunya kami berniaga di fun fair.
Pengalaman memasang peralatan fun fair (ndoi pusin, kuda pusin, pentas karaoke dll) memang tidak dapat dilupakan.... bila dh siap semua kami akan berkaraoke di pentas karaoke....hehehe free ler sebab DJ tu member.
Dh habis semua perkara dibincangkan, kami naik berkaraoke...ehem ehem...kami dua jer tau....amik VIP room utk 1 hours...pergh! nak pecah tekak...most of the songs yg kami nyanyi masa tu adalah lagu yang selalu kami nyanyi masa kami bersama dahulu...teringat sungguh la kenangan lama....
dh habis karaoke....kami naik snooker pulak...nampak gayanya along nie masih hebat lagi....payah jugak nak kalahkan otai yang sorang nie.....
reunion kami berakhir jam 2.00pagi...
memang letih giler tapi happening, dapat lubang bisness disamping mengimbau kenangan lalu.
Suara emas along
regards,
Sukor Abdullah
Thursday, 13 August 2009
Wednesday, 12 August 2009
bercuti di park royal, bukit bintang
Alkisah.....










terlanjur bercerita pasai bawak hafis pi zoo negara tak sat nie...nak cerita bagi habis la ketika kami bercuti di park royal hotel di bukit bintang....
Pengalaman ketika itu memang amat menyeronokkan....duduk pulak di hotel 5 star dan di tengah tengah pusat kota metropolitan membuatkan malam malam kami dipenuhi oleh aktiviti yang padat.
Seperti diberitahu sebelum ini, maknjang n anaknya (paksu) turut mengikuti percutian kami...tapi depa duduk di rumah anaknya du shah alam. Setelah hantar mereka dan tinggalkan kesemua anak kami bersama mereka(mengasuh). kami meneruskan perjalanan ke hotel park royal, walaupun jalan disana bersimpang siur, tetapi alhamdullillah kami sampai jugak ke destinasi yang ditujui.
Pada malamnya, ila ada kursus....i apa lagi....x kan nak duduk dalam bilik jer....i keluar bersiar siar di sekitar bukit bintang.
Memang maju betul kawasan itu...jalannya dipenuhi cahaya berwarna warni dek kilauan lampu neon menghiasi bangunan dan jalan.
berkebetulan pada malam itu dan malam keesekannya jabatan pelancongan ada menganjurkan konsert untuk pelancong arab...memang meriah la kawasan itu......
bila jam sudah berhimpun...mata pun letih..i balik bilik la...terus tidur.
esoknya kami pi ke rumah anak mak njang untuk bawa mereka semua melawat ke zoo(seperti yang diceritakan sebelum ini). balik dari zoo kami singgah di KLCC. sempat la jugak ambil gam beberapa keping di samping menunaikan solat di masjid klcc tu.
Untuk makluman semua yg belum pi ke klcc...kat sana ada air pancut dan taman mainan yang amat luas...siap ada kolam renang utk kanak kanak lagi..puas la hafis main ngan paksunya.
balik dari klcc kami terus ke hotel.

hafis n paksunya naik keta

paksu,maknjang,amin,hafis dan ibu bergambar kenangan

i yang hensem tu...


KLCC..lambang kemegahan negara malaysia


Amin yang masa nie balu umur beberapa bulan
Untuk makluman, malam kedua kami di sana...maknjang dan paksu menginap sekali di bilik kami....jadi malam tu boleh la i bawak ila untuk bersiar siar sekitar bukit bintang. i tunjuk habis kat dia segala tempat yg ada di sana....mana dengan pasar uptownnya ke kawasan jualan seni, kawasan karaoke ke disco dan seterusnya rumah urut...(hehehe mintak maaf kami lalu jer tau...) malam tu jugak ada konsert arab...puas la kami tengok gelagat pak arab dok enjoy.... balik tu kebetulan ada satu syarikat mana ntah buat promosi wayang 3d jenis hat kerusi boleh gerak gerak tu...dan malam tu adalah malam terakhir...apa lagi...kami x melepaskan peluang untuk merasai pengalaman menonton wayang berkenaan...hehehe best tu memang best la...tapi jenuh menjerit dek kerana takut batu kena kepala(gambar 3d...nampak batu macam nak kena kepala ..)

masa berada dalam kokpit wayang3D
dah letih...kami balik la....
esoknya kami hantar maknjang dan anak anak ke rumah anaknya di shah alam....dalam perjalanan pulang..kami (2 org) singgah di berjaya times square...kat sana kami tengok wayang 3d jugak...(saja sebelum nie dok teringin). Boleh tahan jugak harga tiketnya...tapi memang best la...rasa macam kita berada dalam filem berkenaan...sampai tangan nie dok terasa gatai nak pegang gambar tu....
petang tu kami pi annual dinner geng farmasi peringkat asia pasifik...habis berterabur ler kami berskeeping melayan karenah pharmacist dan doktor dr luar nie...

ketika annual dinner di saloma bistro(semua kena pakai pakaian tradisional)

Ila dan kawannya ketika kursus (org soh dengar taklimat...depa nie dok possing pulak!!)
esok pagi tu kami dh nak bertolak balik....(ila dh habis kursus)...singgah jap di kedai kek utk beli birthday kek hafis n ayuni(cucu maknjang)
sampai ke rumah anak mak njang..kami buat birthday party hafis dan ayuni. lepas tu terus balik.....
memang best la percutian kami masa tu..rasa macam nak ulang lagi..insyaallah.
regards,
Sukor Abdullah
Tuesday, 11 August 2009
Pertama kali hafis masuk zoo (zoo negara)
Salam...







Ni Nak bercerita kenangan semasa bawak hafis n amin bersama maknjang n paksu ber siar siar di sekitar kuala lumpur.
Actually Mak teh (cikla) ada kursus di park royal, bukit bintang. Terlanjur kami ke sana....i plan nak bawak anak anak melawat ke zoo negara.
masuk saja ke dalam...hafis memang nampak very observatif....mata meliar saja melihat akan keindahan lanskap dan hidupan hidupan yang menghuni zoo berkenaan.....Segala binatang yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui buku buku didikan kini terlihat jelas di depan mata...dengan keadaan yag asli dan realiti......


gambar gajah yang sedang meneran.

Kenangan hafis bagi gajah makan tebu

Paksu(anak maknjang) bergambar dengan kuda.
Teringat masa hafis buat pertama kalinya beliau melihat gajah secara live, kebetulan pula masa tu gajah tengah berak...hahaha apa lagi...bila balik jer...kami sebut gajah...dia terus secara spontan akan kata gajah busuk..sambil mimik mukanya menahan bau.....
untuk first round, kami menaiki keretapi yang disediakan....habis pusing ke seluruh pelusuk zoo berkenaan, kami turun dan memulakan aktiviti berjalan kaki.....memang best sungguh..rasa puas melihat hafis yang begitu ghairah melihat setiap haiwan dalam zoo berkenaan, dari sebesar besar haiwan (gajah) sehingga ke sekecil kecil nya (ayam hutan), dari yang berterbangan di langit biru (burung burung) sehingga yang berenang renang di lautan/sungai (ikan) semua hafis lihat dan kenal.
kebetulan apabila kami selesai menjelajahi zoo, kami sampai ke mini stadium zoo yang mana pertunjukan memerang laut akan dimulakan pada bila bila masa sahaja...(seolah olah menungu kami sampai...)
Memang terhibur kami sekeluarga melihat telatah memerang laut itu menunjukkan aksinya,
selesai melihat pertunjukan, kami bersolat asar dan terus pulang dengan keletihan tetapi penuh kepuasan.

Gambar hafis berhenti kepenatan....nasib baik ada pop corn utk melapik perut.

Amin bersama toknjangnya...

ibu sedang bergambar kenangan bersama hafis.
Subscribe to:
Posts (Atom)






