Tuesday, 11 August 2009

ber chill out di jusco seberang perai.

Sekadar update semasa bila dh ada masa....

3 minggu yang lalu...selepas balik dari air hangat ulu lenggong....kami sampai kira kira tengah hari...lepas makan dan tidur dan solat..petang tu kami keluar beriadah dengan kelurga mak teh(kak cik)...

Mala tu kami ke destinasi wajib kami...pantai bersih....memang best berehat kat sana...kalau ada family yang dok cari port utk beriadah bersama keluarga saya alukan anda ke sana....

segala kemudahan memang tersedia...dari medan seleranya...ke surau nya yang luas, tandas pun besar...nak mandi pun boleh....tempat nak bertenggek tu x yah risau la...memang bercambah!

kami selalu akan bertenggek berdekatan dengan playground...senang nak awasi anak anak di kala mereka bermain...

malam tu ada satu groups family buat barbeku party kat tepi pantai, memang best tengok depa buat...siap ada dengan meja dan lampu lagi....(dari sini lah tercetus nya idea kami untuk menganjurkan birthday party hafis).

dh letih malam tu kami balik......

esoknya saja nak window shopping...i n wife saja g keluar ke jusco seberang perai....cadang nak survey baju dan barang barang....sambil tu terlihat kat ruang legar jusco...TM ada buat chill out utk kanak kanak di samping mempromosikan product depa.....

i apa lagi...terkenangkan anak anak la...tengah menjamu selera kat kedai steamboat...kami berbincang utk bawak semua anak anak beriadah di sini nanti....
Terlanjur makan kat sini...nak ulas la sikit, Sedap jugak steamboat dia, tambahan pula suasana yang privasi dan high class.....memang best la..

Kami order menu yang paling murah...kalau x silap harga nya hanya rm13.++
Di bawah nie ada beberapa keping gambar yang sempat di rakamkan....

Gambar i and wife semasa menunggu makanan.

Menu lunch kami

nie dok tengah menerai chopstick

gambar satu makhluk tu sedang menebuk kelapa...hahaha


lepas makan terus tengok depa punya tentatif program...rupanya memang ada event lagi pukul 4 nanti.....

kami terus balik amik anak anak.

Gambar zahid tengah meneran menyanyi lagu ahai..cek mek molek
Gambar hafis tengah beratur nak amik authograph zahid
Gambar kenangan i ngan hafis bergambar bersama zahid
Gambar hafis dan amin menyertai pertandingan mewarna bersama rakan yg lain.
gambar hafis n amik main belon bersama badut.

sekian,...

Open table...

Copy paste dari i punya wife blog


Menu of the day.......... &
Couple of the day....... :)

last weekend, as usual we all berkumpul kat kg. tiba2 my sist in law (aka mak cik shidah) announce that she want to make an open table. so, tgu apa lg.. 'tak cukup dulang, padang bola km tadahkan'.. kebetulan plak k. puziah pn nak join coz nak celebrate her eldest son's birthday.. so... mana lokasinya.. mmm. pikir pya pikir... radix chicken shop at kodiang.. 1st time we all pegi ni.. before this penah la try RFC... mmmmm rasa dia lbh kurang sama ja..

afif basyir pn pulun kentang goreng sampai nak abis 1 pggn ( tp share dgn bibik la..) he..he..he..
dah tau nak outing mlm ni, bg dia tdoq siap2 ptg tu.. so, mood dia fantastik la.. lega..

amin mkn ayam dekat seketul.. then kek 2 pieces.. siap tnjk 'best' lg... jari melentik sejibik cam ibu dia.. kemana tumpahnya kuah.. kalo tak ke pinggan i... hik3..
This is Abg Mushrif ( besday boy).. tgh serius memotong kek tu.. sedap ooo.. sponsored by Mak Cik Shidah..

hepi 14th besday abg mushrif.. moga Allah pnjgkan umuq & dimurah2 rezeki slalue... aminn...
paktih tu cbuk je nak dok sebelah besday boy.. tumpg glamer la tu..

ni la org yg menyemponsorkan dinner mlm tu.. ni.. muka nmpak bersih ni.. moga murah rezeki.. kalo naik pgkat lg, jgn lupa wat open table lagik ek..
( Tq m.cik for wonderful party that nite)..
oooish..pak lang pn x mahu melepaskan peluang to join the party... adam rasanya telah membelasah dkt 2 ketul ayam tu.. mabeles betoi...




















amin mmg x dpt berpisah dgn tok dia.. dimana ada tok.. disitula ada amin.. tgk la perut amin tu.. buncit sampai tampan meja daaa....

tok pun.. pya la sedap ayam tu, smpai makan tak panggung kepala... ish3..

oooish.. angah tu mcm dok curik ayam mak tih je.. dah melebihi sempadan ni.. ini boleh mendatangkan marah ni...

ni ibu mertuaku bersama menantu kesayangannya (k.idah) he..he..he.. jeles ni..

ini la besday boy's mother.. my eldest sister in law.. cikgu puziah.. mmm .. senyum2 pn nmpak garang oo.. eeee... takut2... ' bangun murid2.. selamat pagi cikgu...'.. tgk la kerongsang tu.. aduh... silau bijik mata ni.. mmm.. sapa nak beli bole.. masih ada stock lg ni.. made in sabah..

jalan..jalan.. masuk kampung...



Copy paste dari blog wife

The next day after the party, sambil dok menghirup udara nyaman kat tepi bendang, my mother in law come out and suggest to visit our aunty ( chu piah & wa chah).. so, besiap la kitorang.. along pn dok cbuk la tya..' ibu! kita ni nak pegi mana ni?? ' because he's not familiar with the road that we use that day... jalan baru.. bak kata abahnya kita guna jln yg advanture skit.. mana taknya.. disebelah kanan ada sungai, kiri plak ada sawah padi.. lengoh kaki i dok tekan brek padahal hubby i yg drive.. sengeyau..



belakang umah chu piah ni, dirg ada pelihara ayam piru.. ada sepasang..
so, this is for the 1st time, my kids tgk ayam piru ni.. bkn main 'perak' lagi.. siap dok ikut la mana ayam ni pegi.. along bgtau i, 'ibu!! yg besar ni.. ibu dia.. yg kecik ni.. abah dia..'.
amin plak tak berani kluar, tgk dari jauh je. masa dok tgk ayam tu, amin siap menirap lg, mcm tgk tv ja..
lawak gler.

Afif basyir pn suka tgk ayam ni. slalunya, dia ni jrg mau kalo org yg x kenal nak dukung dia. tp dgn cousin yg ni dia mau plak. acctly dr penceritaan my hubby, cousin dia sorg ni mmg suka kids & pets. so, mmg x heranla kalo afif basyir tiba2 mcm suka kat dia.

Thursday, 6 August 2009

Abang, Abg det meninggal semalam!!!


Pada pagi itu, semasa besiap untuk bekerja, wife baru turun...dengan tergesa gesa dia cakap,
Abang, Abg Det meninggal....terdiam aku seketika, benarkah apa yg dikatakan?
sampai dua kali aku bertanya apakah benar abg det yang dok kat key ell tu?

memang terkejut tatkala mendengar berita kematian beliau, personalitinya yang ceria dan mudah didekati membuatkan sesiapa saja akan senang bergaul dan mengingatinya.

Aku juga masih terkenang akan detik pertemuan terakhir kami....ketika menyambut hari raya yang lalu..ketika itu kami menjamu selera di rumah mak kecik(kepala batas). Ketika itu, aku, mak ayah(mertua) mak kecik sekeluarga, pak cik len dan keluarga abg det.
memang ramah beliau berbicara pada ketika itu, masih terngiang di telinga akan hasratnya untuk membeli itik peliharaanku(la nie dh x bela dh) dan juga ajakan untuk kami sekeluarga ke rumahnya di kuala lumpur.

Tak kusangka rupanya itulah detik terakhir pertemuan antara aku dan dia.

Alfatihah,
Semoga allah merahmati beliau dan menerima segala amalannya, amin.....

di bawah ini adalah dua petikan yang di sunting dari dua blog saudara mara beliau.



Allahyarham Mahadzer di belakang sekali bersama keluarga semasa bersama allahyarhamah bonda Cik Gayah.

DR Mahadzer Mahmud di lahirkan pada 20 July 1961 di Bedong, Kedah. Anak yang kedua dari tiga beradik. Seorang yang gigih dengan kerjaya di IKRAM yang berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Alam Sekitar.

Allah lebih menyayangi beliau, pada 28 July 2009 jam 12.30 pagi beliau telah pulang ke rahmatullah kerana serangan jantung di Kajang Medical Center.

Semoga Allah mencucuri rahmatnya kepada allahyarham DR Mahadzer.
Al fatihah..

_____________________________________________________________________

Dr Mahadzer Mahmud was the President of KLIUC. He was at the peak of his career. He leaved behind a wife & 4 kids. Their kids are still schooling. Jenazah dikebumikan pada pukul 9 pg. To K.Gee, Afiq, Adibah, Afiqah & Adib, takziah diucapkan. Semoga arwah dicucuri rahmatNya. Alfatihah..


KIKOM family day 2007 in Merbok, Kedah. Arwah seated in the second row.



KIKOM family day 2008 in Yan, Kedah.

Alhamdullillah,Bersyukur ke hadrat allah swt, diatas limpah kurnia dan perkenannya, majlis sambutan hari lahir anak sulong kami yang dilangsungkan pada hari jumaat yang lepas telah selesai dengan jayanya.

Bersyukur kehadrat allah sekali lagi kerana mentakdirkan cuaca yang amat sesuai sekali bersama deruan angin dan ombak yang memberikan seribu ketenagan kepada seluruh umatnya pada ketika itu.

berakhirnya majlis yang julong kalinya dianjurkan diluar rumah(outdoor) bermakna berakhirlah sudah beberapa siri mimpi misteri/indah yang dialami oleh beberapa orang terutamanya isteri tercinta dan juga putera sulong kami ini....(macam macam episode..dengar kata la....)

Majlis tersebut telah dijalankan di persisiran pantai bersih atau lebih tepat lagi di R&R Bagan Ajam. Dengan dihadiri oleh kedua dua "GENG" (gen paya dan geng malau) telah memeriahkan lagi majlis tersebut.

terima kasih diucapkan kepada tetamu tetamu yang hadir, antaranya ialah:-


GENG PAYA,
1. Kak Pah (mak ngah sekeluarga)












2. BG Shid (pak njang) menghantar wakil (anak beliau, shahira dan nurul)
3. Kak Toh (mak tam sekeluarga)

4. Shidah (mak cik...solo lagi nie...)













5. Mak (tok paya/teh..merangkap pengerusi geng Paya)


GENG MALAU,

1. Kak Cik (mak teh sekeluarga)











2. ABG Mail (pak long sekeluarga)

3. Mak Ayah (tok ayah dan mak tok merangkap pengerusi bersekutu geng malau)

untuk membuat persiapan yang rapi, aku terpaksa mengambil cuti half day (sepatutnya satu hari..tapi banyak keja kat ofis...amik half day jer la). Aktivi kami dimulakan dengan membeli segala barangan untuk memasak dan dekorasi tempat.

Sebelum majlis dimulakan (anggarang majlis bermula pukul 8 mlm), geng paya terlebih dahulu sampai di lokasi untuk urusan booking tempat dan juga membuat persiapan awal....
Kami sampai pada pukul 6.30 ptg, pada ketika itu memang ramai pengunjung yg telah datang...(tapi nak mandi pantai dan berehat a...bukan nak ke majlis kami hehehe).

Setelah lokasi telah dikenal pasti, urusan mengangkut barang telah dimulakan...habis terkeluar otot otot seksi ku (nasib baik bala tentera ramai...boleh tolong apa yang patut) dek mengangkat barangan termasuk la generator untuk menghidupkan lampu....

Dh siap tikar dan meja dipasang, urusan menyusun hidangan diatas meja diambil alih oleh pembantu rumah kami...sambil tu..anak anak menakan x lepas peluang main main di
pantai...yang syok tu azam...terus terjun dalam laut....wa caya lu lah azam...hahaha

setelah menunaikan solat maghrib di surau yg disediakan, Majlis dimulakan, pasangan lilin tanpa api( nak cucuh lagu mana..angin kuat sangat pak tih....!!!), setelah puteraku memotong kek dan letusan pistol party, aku memulakan aktiviti biasaku..apa lagi..pelekat api ler..nak panggang daging dan kepak ayam.



Antara menu pada malam itu ialah..
1.Soto
2.molotos ka ntah apakebenda..(ala hat balut ngan kulit pipoa tu oooo)
3.Karipap
4. cheese cake
5.marsmallow
6.kekbuah
7.daging lembu panggang
8.daging kambing panggang
9.kepak ayam smoke
10.desert (nama apa ntah hat agar agar n buah kat atas bawah tu ada tepung castard)
11.aneka makanan ringan.
12. aneka buah buahan
13.minuman.


hah...macam dok tengok al...betapa banyaknya makanan pada malam tu sampai x habis...semua pakat sengkak termasuk la pak tih mu yg hensem nie...hehehe

secara rumusannya, bagi pak tij sekeluarga, majlis tersebut telah berlangsung dgn jayanya, dari makanannya, ke cuaca dan persekitarannya termasuk la para tetamu yg sporting...cuma kurang satu jer...aktiviti malam tu ..semua pakat melingkar lepas makan...hahaha sengkak beb...

walau apa pun...terima kasih diucapkan kepada semua tetamu yang hadir....banyak hadiah yg hafiz dapat, x lupa juga kepada semua sponsors kami pada malam tu termasuk la tokey generator...(memang meriah malam tu..sebab ada lampu..terang benderang.
Doakan moga paktih mu ini dimurahkan rezeki...insyaallah dilain waktu dan ketika akan dianjurkan lagi majlis yang seumpama ini....










salam sayang untuk semua,

Khas buat semua....pak teh ada siapkan satu slide show berkisar kan pada majlis tersebut....layan...

Sukor Abdullah
Managing director
Pencak tari enterprise
www.muslimsproduct.blogspot.com